 edited 01a2b.preview.jpg)
V58: Re-Union on Nov 25th, 1988. [Photo courtesy of Rejal Arbee]
Front Row L-R: Yusof b. Jaafar, Raja Yusof Anuar @ Tengku YM Amar, Abdullah Azizi, Alias Abdullah, Jamaludin Hamid, Abd Fatah b. Rejab, Syed Hussain b. Syed Abd Rahman, Mohd Alias Razi.
Seated L-R: Bahari b. Mohd Atan, Zainul Abidin b. Yahya, Hussain Mohamad, En. Cheah Tat Huat, Dato' Ghazali b. Hanafiah, Dato Abang Abu Bakar b. Dato Abang Mustapha, Tengku Ibrahim, Mohd Yunus b Mohd Nor.
Standing L-R: Zulkifli b. Abd Hamid, Abd Rahman b. Ahmad, Zulkifli Sidin, Mohd Nasir b. Hj Said, Dr Mohd Yusoff Ismail, Ghani Awang, Hamdan Jamaluddin, Mustafa Muda, Amir Sharji b. Meor Shaharuddin, Abd Aziz b. Ismail, Abd Rahman b. Jaafar, Mohd Sani Kecut.
Top Row L-R: Ghazali Mat Ariff, Zaludin @ Asmara b. Hj Sulong, Syed Ahmad Loai b. Syed Ibrahim, Mohd Yusof Alang Ahmad, Ahmad Rejal Arbi, Zainal Hasnan b. Mohamad, Abu Hanifah Long.

Re: 1988: V58 Re-Union on Nov 25th (30 years after)
Segak bergaya betul Arwah datuk hamba, Abd Rahman bin Jaafar.
Re: 1988: V58 Re-Union on Nov 25th (30 years after)
Fotograf ini mengandungi 4 perkara berkaitan sejarah Kolet iaitu:
Kesatu: ia menunjukkan wajah guru Cina pertama yang mengajar kat Kolet iaitu MrCheahTatHuat dari PulauPinang. Dia mengajar matematiks dan bolehlah digelar 'mathemagician', dan pernah menjadi SeniorAssistant yang menimbal jawatan GuruBesar MrNJRyan. Semasa MrCheah menjadi SrAsst., dia datang dengan motorkarnya dan menyuluhkan lampu kepada peserta 'tarian naga' yang dilakukan oleh Form V Union dan menghendakinya diberhentikan tetapi tak diendahkan. Oleh itu atas gesaannya semua pelajar Form V (kecuali 5 orang, 4 daripadanya Prefects) dirotan 3 das sepunggung oleh sang GuruBesar. Maka itulah sebab kumpulan Form V 1961 menamakan diri sebagai 'Tarinaga'. Dalam e-mail saya 07 09 2007 saya menulis pasal jingles kami iaitu "CheahTatHuat, ada banyak ketuat, suka kentut kuat-kuat, apa boleh buat, perut dia banyak ulat"
Kedua: ia menunjukkan wajah EncikMohdGhazaliHanafiah, aka 'MatJellyKetot', olboi dari Jerantut, yg balik ke Kolet sebagai guru kelulusan Maktab Perguruan, kemudian keluar dan balik semula sebagai guru siswazah, kemudian balik lagi sebagai GuruBesar 1971-72, iaitu Melayu yang ketiga selepas matsaleh terakhir NJRyan dan yang pertama sebagai olboi.
Ketiga: ia menunjukkan wajah penuntut pertama dari Sarawak iaitu AbangAbuBakar. Ayahnya, AbangHajiMustaffa, bergelar DatuBandar, adalah salah-seorang daripada 2 orangbesar turun-temurun (2 of 4 original hereditary chieftains) dari golongan Perabangan yang dikekalkan oleh pihak British hingga hari Malaysia. [Seorang lagi ialah DatuHakim, iaitu AbangHajiMohidin, ayah kepada TanSriAbangHajiAhmad Urai yang pernah menjadi Presiden Dewan Senate Parlimen Malaysia pada 1988-90]. DatuBandar AbangHajiMustaffa juga adalah presiden-pengasas Partai Negara Sarawak (Panas) dan adalah orang pertama menyokong gagasan Malaysia yang disyorkan Tunku pada 1961. Beliau dilantik sebagai Menteri Malaysia pada September 1963 tetapi meninggal dunia sebelum sempat bertugas. AbangAbuBakar sendiri pernah menjadi Menteri Malaysia. Panas kemudian bergabung dengan Partai Rakyat Jati Sarawak (Berjasa) menjadikannya Partai Bumiputra dbp AbdulRahmanYaakub dan kemudian, menjelang 1974, partai tsb bergabung dengan Partai Pesaka Sarawak dbp Temenggung (Iban) JugahBarieng menjadikannya Partai Pesaka-Bumiputra Bersatu (PBB).
Keempat: ia menunjukkan wajah AbdulFatahRejab dari Kulim iaitu Kapten pertama Pasukan Rugbi yang diperkenalkan di Kolet oleh NJRyan pada 1956. Ketika rugbi diperkenalkan dan dimain sbg Under XV teams shj, GuruBesar di Kolet ialah GHMHughes yang ditukar dari SIC KotaBharu untuk menggantikan secara sementara JDRHowell yang bercuti (furlough)6 bulan di UK.
Furlough adalah cuti rihat khas yang dinikmati oleh pegawai penjajah iaitu 'Officers of Non-Asian Domicile'.
Howell terdahulu daripada itu tidak membenarkan pengenalan permainan rugbi (seperti juga acara olahraga lompat bergalah)di Kolet. Tetapi sekembalinya dari furlough, rugbi sudah menjadi popular malahan mencatat prestasi cemerlang, maka dia tak lagi menghalang permainan itu diteruskan. Hughes pula ditukarkan ke PFS dan menjadi GuruBesar matsaleh terakhir di sekolah Inggeris yang tertua itu di AsiaTenggara.