SD's blog

Lagu Soraksokong Pasukan Rugbi 1958

We are fifteen stalwarts
Forwards and fast backs
And when we go upon the field
They call us “The All-blacks”
But if you are worried
Who will win
We tell you now “Relax”
Hurrah for the first XV!

This song is swelling
All along the line
The music is exciting
And the sentiments are fine
In honour of the College team
That’s yours and mine
Hurrah for the first XV!

Lagu 'Hidup Melayu' (1946)

Semenanjung Tanah Melayu
Tanah tumpahnya darahku
Tanah pusaka dari bangsaku
Pusaka yang kujunjung tinggi

‘Hidup Melayu’ kirimkan salam
Bangsamu mengubah haluan
Hiaskan namamu siang dan malam
Harumkan namamu ke serata alam!

[ulangan sekali]

Nota Bene :

Lagu ini dinyanyikan ketika bendera Pekembar disentak oleh Almarhum Sultan Badlishah, lantas mengibarkannya buat pertama kali di padang Francis Light School, Pulau Pinang pada 27 07 1946.

Upacara tersebut yang berlaku pra-sidang Mesyuarat ketiga Majlis Agung Pekembar amat simbolik sebab Sultan Badlishah adalah keturunan ke-5 Sultan Abdullah Mukarram Shah yang menyerahkan P.Pinang pada 11.08.1786 kepada Captain Francis Light, yang mengilhamkan nama sekolah berkenaan.

Dinyanyi oleh pelajar dan guru MCKK sebagai “Anthem Kebangsaan” pada Federation Day (01 Feb.1948) apabila bendera Pekembar dinaikkan perlahan-lahan oleh Mr HR Carey, sang gurubesar berbangsa Inggeris itu sendiri.

Fiat Sapientia Virtus | Jadilah Kesatria Budiman

FIAT SAPIENTIA VIRTUS

We offer our youth
To the world we build
With courage and truth
And love fulfilled

A city will rise
That is bright and fair
Into cloudless skies
And fresh clean air

Proudly we’ll serve
With faith will strain
Muscle and nerve
And heart and brain

‘til wisdom descends
Like a silver dove
‘til evil ends
And the law is love

[An Ode to MCKK
by Anthony Burgess 1954]

JADILAH KESATRIA BUDIMAN

Di sinilah belia kami
Dididik untuk menjadi
Kesatria tulus dan berani
Untuk bangsa yang dikasihi

Negara tercinta akan dibina
Yang saksama dan sempurna
Masyarakat unggul akan dijana
Tiada mudarat dan bencana

Dengan bangga kami berjasa
Dengan iman kami berusaha
Sedaya kudrat kami yang ada
Sepenuh minda dan juga jiwa

Hingga mencapai kemuliaan budi
Pada setiap tutur dan pekerti
Mudarat dan maksiat pasti dikeji
Syarak dan Adab dijunjung tinggi

[Tafsiran dalam bahasa Melayu
oleh SD pada 19 08 2007]

Gurindam Ulangtahun Hari Keputeraan 11 Ogos 2007

YM TUNKU ADNAN ibni TUNKU BESAR BURHANUDDIN

– 11 08 2007

Pada tamparan & jeritan pertama
Malam Jumaat di bulan purnama
14 Safar 1346 (1) lahirlah ke dunia
Seorang bayi dari keluarga Istana
Tunku Adnan (2) dikurniakan nama

Ulangtahun keputeraannya kini diraya
Ke-80 dengan keizinan Yang Maha Esa
Tanpa tongkat apatahlagi kerusi roda
Masih boleh berjalan dengan bergaya

Semoga rahmat Tuhan dilestari (3)
Kepada Tunku yang sangat berbudi
Tidak lekeh dan tidak juga kodi
Kepada MCOBA dicurahkan bakti

Bukan bohong atawa dusta
Perkara ini yang perlu dikata
Jika bukan Tunku yang usaha
Naungan oleh Majlis Raja-raja
Kepada MCKK (4) tak akan berjaya

Tunku Adnan adalah puspa yang harum
Sepanjang usianya melebihi 80 tahun
Masih menabur jasa dengan penuh tekun
Bak petani unggul yang menjagai kebun