REDHA DAN TAWAKKAL MENGHADAPI PENYAKIT
oleh:
USTAZ DR. ABDULLAH YASIN
Di:
Kelab Golf Perkhidmatan Awam
Pada:
Sabtu, 17 Februari 2007
10.00 pagi – 12.30 tengahari
Bayaran Masuk:
RM 5
Kenapa Ceramah Ini?
Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Apa yang ditempuh oleh orang yang sakit, apa jenis sakit sekali pun, tentu tidak dirasakan oleh orang lain. Tambahan pula jika jenis penyakitnya berat dan berpanjangan.
Namun demikian, penyakit yang menimpa seseorang adalah satu manisfestasi hubungkait insan dengan Allah, Pencipta seluruh alam. Oleh itu menempuhi penyakit adalah satu aspek dari iman kepada Allah dan oleh yang demikian memerlukan sikap dan tatacara syariat yang tertentu.
Sikap dan tatacara inilah yang akan jadi kandungan ceramah yang akan dibentangkan oleh Ustaz Dr. Abdullah Yasin, pendakwah terkenal.
Siapa Patut Hadir
Ceramah ini dianjurkan oleh seorang Kaunselor dan juga pesakit kanser yang ingin memanfaatkan pengalamannya melalui ceramah ini.
Bukan sahaja pesakit-pesakit dan ahli-ahli keluarga mereka yang patut menghadiri ceramah ini, orang-orang yang sihat segar juga boleh mempersiapkan diri untuk ketika mereka akan didatangi penyakit.
Pertanyaan Dan Pendaftaran
Puan Rokiah Mohamed 019-2866716
Encik Mohd Azam 016-2622757

Recent comments
3 days 45 min ago
3 days 4 hours ago
6 days 19 min ago
4 weeks 3 days ago
4 weeks 5 days ago
4 weeks 6 days ago
7 weeks 10 hours ago
7 weeks 3 days ago
7 weeks 6 days ago
8 weeks 2 days ago