FMS Crest 1896-1946

FMS Crest 1896-1946

The four Federated Malay States (1896) consisting of Perak Pahang Selangor and NSembilan whose coat-of-arms is shown here decided on the successful establishment of the MCKK in 1905.
Bila Federation of Malaya (PTM) ditubuhkan pada 01 02 1948, jata PTM diasaskan kepada model jata FMS, iaitu dengan mengekalkan lambang perisai tetapi dimasukkan 5 lambang keris bagi mewakili lima Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu (NFMS)iaitu Perlis kedah Kelantan terengganu dan Johor serta dua lambang tambahan bagi Melaka dan PPinang. Tetapi lambang mahkota digantikan oleh lambang anakbulan (hilal atawa bulansabit) tegak yang melingkungi bintang pecah sebelas, bagi menyatakan bilangan semua negeri dalam PersekutuanTanahMelayu. Cogankata "Dipelihara Allah" yang tertulis dalam jata FMS pula telah digantikan dengan kalimat "Bersekutu Bertambah Mutu" dalam aksara jawi di sebelah kanan yang didampingkan dengan maksud yang hampir dengannya iaitu 'Unity is Strength' di sebelah kiri.[Sebetulnya maksud ayat jawi itu bermakna 'To be federated is to be elevated' tetapi tidak ada peribahasa sedemikian dalam bahasa Inggeris yang wujud].
Apabila Malaysia tertubuh pada 16 09 1963, jata PTM dipinda lagi bagi menunjukkan keanggotaan Sabah, Sarawak dan buat beberapa tahun Singapura juga. Lambang Singapura yang terkeluar dari Malaysia pada 09 18 1965 digantikan dengan lambang bungaraya tetapi pecahan bintang 11 diperbanyakkan kepada 14 pada ketika Malaysia diwujudkan telah dikekalkan dengan perubahan maksud bahawa ianya menjadi simbol
negara keseluruhan, dan kemudian dikatakan mewakili Wilayah(-wilayah) Persekutuan yang diwujudkan selepas 1974.
Cogankata 'Unity is Strength' di kiri juga digantikan dengan perkataan 'Bersekutu Bertambah Mutu' dalam aksara rumi bagi mengimbangi tulisan sama dalam huruf jawi di kanan.