Illustrious Headmasters

hbhashim's picture
Illustrious Headmasters

Mr N.J Ryan , his car and Pak Noh, the driver, 1963

Re: Illustrious Headmasters

Paknoh tu 'watchman' yg menjaga ( termasuk tidur semasa berjaga) di Prep School. Dia juga double-up menjual 'kuih gelang' (=coqkeria), 'kuih bom' (=coqbadak) dan 'kulit' (=tepung-bawang) dan kadang-kadang karipap yg mengandungi tak lebih seketul kerang dalamnya.
Harga satu kuih pada 1960-an ialah sekupang.Semua kuihnya adalah terkeatas piawai (=above-standard) dr segi rasa dan harga.
Pada 1963 NJRyan tak menggajikan seorang supir (=driver). Jika Paknoh menjadi driver, maka ianya selepas 1963 barangkali pasca Paknoh pencen
sbg penjaga/watchman.
Cuba perhati tangan kanan Ryan, yang menampakkan kerosakan yang takdapat dipulihkan ke bentuknya yang asal. Ryan (1961) telah menderitai aneka-kepatahan (multiple fractures) pada humerus/ulna/radius serta beberapa ribs, akibat perlanggaran motorkarnya dengan lori IMC ketika menuju Ipoh. Mujur Ryan takmaut sebab kebetulan pada malam tersebut, mantan ADC almarhum Sultan telah melewati tempat kejadian kemalangan dan dalam kegelapan malam itu Ryan sempat dengan lemah menyebut 'Headmaster of Malay College'. Lantas diangkut oleh ADC ke Hospital Ipoh.