Lagu 'Hidup Melayu' (1946)

Semenanjung Tanah Melayu
Tanah tumpahnya darahku
Tanah pusaka dari bangsaku
Pusaka yang kujunjung tinggi

‘Hidup Melayu’ kirimkan salam
Bangsamu mengubah haluan
Hiaskan namamu siang dan malam
Harumkan namamu ke serata alam!

[ulangan sekali]

Nota Bene :

Lagu ini dinyanyikan ketika bendera Pekembar disentak oleh Almarhum Sultan Badlishah, lantas mengibarkannya buat pertama kali di padang Francis Light School, Pulau Pinang pada 27 07 1946.

Upacara tersebut yang berlaku pra-sidang Mesyuarat ketiga Majlis Agung Pekembar amat simbolik sebab Sultan Badlishah adalah keturunan ke-5 Sultan Abdullah Mukarram Shah yang menyerahkan P.Pinang pada 11.08.1786 kepada Captain Francis Light, yang mengilhamkan nama sekolah berkenaan.

Dinyanyi oleh pelajar dan guru MCKK sebagai “Anthem Kebangsaan” pada Federation Day (01 Feb.1948) apabila bendera Pekembar dinaikkan perlahan-lahan oleh Mr HR Carey, sang gurubesar berbangsa Inggeris itu sendiri.

Re: Lagu 'Hidup Melayu' (1946)

Mantan Menteri Kadiaq Shaik Fadzir tahu lagu ini mnkl Menteri Rais anak Yatim tidak tahu.
Rais tanya saya mengapa lagu itu tak terus dinyanyikan.
Saya bilang bahawa pasca 1952, Pekembar/UMNO (lama) telah mengubahkan laungan-semangatnya dari 'Hidup Melayu' kepada "Malaya Merdeka" maka spt kata Paul Augustine, lagu 'Hidup Melayu' tak relevant lagi!
Sayang sekali kata Rais yang nampaknya berminat juga dgn rentak iramanya.
Saya swabisik Kamu Menteri bunga cina (i.e. Kekkwa)...tak kan tak boleh mengakaskannya (=revive it) semula!