It's been a while since I've been in here.
Heard this on the radio recently.
How come EPF or Tabung Haji can't perform like this?
I say lets let the old soldiers manage our money!
Amir
Mohd Shah 1984
MCOBA 2345
LTAT bayar dividen, bonus 15 peratus
PEKAN 26 Jan. – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan membayar
dividen dan bonus sebanyak 15 peratus kepada pencarumnya bagi tahun
2006 yang melibatkan pembayaran sebanyak RM471.6 juta.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pecahan
pembayaran tersebut melibatkan tujuh peratus dividen, tiga peratus
bonus dan tambahan lima peratus bonus khas dalam bentuk pemberian
amanah secara percuma kepada para pencarum.
``Keseluruhannya, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006, LTAT
telah berjaya mencatat keuntungan kasar yang belum diaudit sebanyak
RM467.5 juta iaitu meningkat sedikit berbanding tahun 2005 yang
mencatatkan RM465.2 juta.
``Ia disokong oleh pertumbuhan ekonomi negara yang positif,
peningkatan pelaburan swasta, kedudukan imbangan pembayaran negara
yang lebih baik, paras tabungan dan tahap kecairan negara yang kekal
tinggi, nilai ringgit Malaysia yang semakin kukuh dan peningkatan
pasaran saham tempatan pada akhir tahun 2006," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program
Pembangunan Usahawan Teknikal Peringkat Kebangsaan di Pusat Giat Mara
di sini hari ini.

Recent comments
3 days 7 hours ago
3 days 11 hours ago
6 days 7 hours ago
4 weeks 3 days ago
4 weeks 6 days ago
4 weeks 6 days ago
7 weeks 17 hours ago
7 weeks 3 days ago
7 weeks 6 days ago
8 weeks 2 days ago