Barang diingat bahawa pakaian Melayu cara 'dagang luar' iaitu baju terkeluar daripada samping adalah gaya pemakaiannya oleh orang Johor-Riau-Lingga dari golongan rakyat biasa iaitu yang non-diraja. Di kebanyakan negeri dan tempat lain gaya pemakaian cara dagang-luar itu adalah bagi bentara (courtiers) seperti pelayan / pekerja / pesuruh yang bertugas di istana dan seumpamanya.
Elok difahami dan dituruti cara pemakaian busana Melayu seragam MCKK yang diwujudkan sejak 1939 tetapi hanya diwajibkan pada ketika tertentu sejak 1959 adalah dengan mengenakan busana Melayu yang terdiri daripada baju dan seluar putih bersamping cara dagang-dalam dengan ikatan samping cara golongan di depan dengan samping Kolet berwarna asas hitam-merah-kuning menyeliputi baju Melayu terkeatas kocek bawah dan labuhnya samping sehingga paras bawah patella pada seluar, dengan songkok baldu atawa kain sakhlat hitam tanpa lis atawa lain hiasan dan bersepatu hitam jua.
Jika sebelum 1939, yakni manakala belum dicipta busana seragam Melayu bagi budak Kolet, pakaian adalah berbeda dari segi solek dan corak baik baju-seluar Melayu dan samping serta gaya ikatan samping dan juga paras labuhan samping, maupun hiasan hulu samaada kopiah, songkok atawa setanjak mengikut kelaziman negeri asal budak Kolet yang berkenaan serta juga darjat kekeluargaan mereka. Pada kaki mungkin jua dikenakan capal asli Melayu atawa sepatu jenis Eropah maupun Asiabarat.
Re: mckk100th