Prayers for the next 100 years

Prayers for the next 100 years

Re: Prayers for the next 100 years

In 1939 the Board of Governors approved the design of the Kolet sampin, to be woven by Terengganu weavers and to consist of three of the four colours of FMS / MCKK viz yellow,
black and red. The sampin is to be worn with white baju and seluar, thus completing the
four colours of the FMS / MCKK, with black shoes/or Malay sandals (capals) and songkok.
Why is white baju & seluar replaced by black ?
Additional note: Why is it that the SAS samping resembles Kolet sampin?

-SD

Re: Prayers for the next 100 years

SD,

Teman memang tak dapat nak tokok tambah atawa jawab pertanyaan2 yg SD kemukakan. Teman harap SD boleh huraikan supaya kami dapat memahami, terutama "sejarah dan simbolisme" nya. [Nota: esp. pasal sampin SAS tu]

As per the spirit of the message header, I would like to take this opportunity to congratulate you on your recent reappointment to the MCKK Board of Governors (BoG) by the Minister of Education, Dato Sri Hishamudin Hussein. With this reappointment, our prayers for the next 100 years will also be followed through by concerted efforts among all stakeholders ala "tie your camel first" (wink wink).

Akhirkata, teman juga berharap supaya SD dapat "memujuk" beberapa lagi ahli2 BoG untuk memberi pandangan mereka di website ini. Kami sentiasa menghormati pandangan2 "illustious seniors" dengan harapan kita dapat mengambil iktibar serta bersama2 memupuk silatul rahim (or continue to nurture the "kolet spirit" in the context of Pride, Passion & Tradition).

Selagi ada peredaran matahari, bulan dan bintang ....

Re: Prayers for the next 100 years

Of the 10 other MCKK members of the Board of Governors, I know that YM TunkuAdnan,YA AHamidEmbong do read the MCOBA-mails basing on their verbal comments expressed to me on isues I raised therein.
I did speak to TS Tajuddin and HJ KhalilurRahman requesting for their participation but
they have their excuses.
Maybe we can excuse TunHaniff and TS Razali but TS Azman,Tokmuda D Othman and DS GhaniAziz
should be able to participate once in a while. Maybe their batchmates can persuade them to.
I have tried without success.

Pasal samping SAS tu, macamana saya nak jawab. Kebetulan saya melihat gambar sekumpulan lelaki
dalam satu majlis persandingan yang dipapar dalam webpage dan terus bertanya sang blogger, batch mana dan siapa yang kahwin, kerana dari corak samping yang dipakai mereka, saya sangka mereka semua olbois. Dia menjawab mereka bukan mengenakan samping MCKK tetapi samping SAS.Sungguh mengelirukan dari keserupaan corak samping mereka, vide laman sesawang mereka itu. Yang pasti adalah kita tidak meniru mereka sebab kain samping Kolet sudah wujud pada akhir 1930-an manakala belum pun wujud pada tahun Merdeka dan samping mereka entah tahun bila terkemudiannya.

Pasal baju dan seluar seragam rasmi Kolet, warna putih dan bukan hitam telah disengajakan atas dua sebab. Pertama, warna putih pada samping kurang sesuai berbanding merah, hitam dan kuning serta campurannya. Kedua, seluar dan baju Melayu putih (bukan dipakai bersedondon) berbanding kuning, hitam dan merah adalah lebih sesuai dan beradab.Di Perak putih (sedondon berbenang perak) adalah warna adiraja yang utama dan dikhaskan untuk busana Sultan manakala kuning-emas / pinang-masak adalah warna kedua utama, dikhaskan bagi RajaMuda. Hitam pula adalah warna adiraja juga di Perak bagi RajaBendahara (yang jawatannya jumud pada 1959 apakala penyandang terakhirnya mangkat)dan juga bagi RajaDiHilir. Namun sejak 1930-an, hitam dianggap sesuai untuk pakaian rakyat biasa iaitu orang selain daripada Raja-raja Bergelar dan ke atas. Orang biasa demikian termasuklah pawang-pawang, pendekar-pendekar/pengamal-pengamal silat, serta merupakan pakaian berkabung yang dikenakan pada siang hari dan juga sebagai pakaian protokol di majlis-majlis rasmi yang tertentu pada malam hari. Oleh itu, jika mengikut adat Lembaga Perak, hitam tak boleh dipakai pada siang hari kecuali bagi menandakan kemangkatan orang tertentu yang dikehendaki ditoha yakni dikabungi selama masa tertentu e.g. Sultan 44 hari, RajaMuda 14 hari dan RajaDiHilir 7 hari. Maka itulah sebab warna hitam itu dipantangkan atawa dulu ditegah di Perak.
Namun mulai tamat PerangDunia (1945), istimewa selepas wujudnya PersekutuanTanahMelayu (1948), Perak juga mengiktiraf kelaziman pemakaian busana hitam bagi majlis-majlis rasmi pada waktu malam. Maka peraturan di Perak itupun dilonggarkan, malahan sutera hitam dan samping berbenang emas (tetapi bukan corak jong-sarat dan corak emas-bertabur) juga dibolehkan.
Merah sebagai baju dan seluar tentulah tidak sesuai sebab ianya warna garang dan jarang dipakai kecuali oleh para hulubalang tertentu hingga kepada bentara istana yang di Perak mithalannya bergelar PanglimaPerangKanan/Kiri.Itupun biasanya mereka tidak mengenakan ekawarna yakni baju dan seluar bukan dari warna merah, tetapi seluar hitam atawa warna cikumasak atawa seumpama dan baju merah.
Oleh yang demikian peraturan yang dibuat bahawa samping Kolet berasaskan triwarna merah,hitam,kuning dan baju/seluar berwarna putih adalah bertepatan dengan gaya, cara dan resam Melayu, khasnya di Perak, di mana Kolet bermukim.
Itulah juga warna yang diluluskan Majlis Raja-raja bagi busana Melayu seragam bagi AskarMelayu dan Polis.
Bila dan mengapa Kolet menukar kepada baju-seluar Melayu hitam adalah sesuatu yang memusykilkan
saya. Tetapi sebagaimana disyaratkan, pada 26 03 2005, saya pun memakai pakaian sedemikian walaupun dengan bantahan sepi sendirian (under personal silent protest).